SIRI DULU KAWAN SEKARANG LAWAN (2)
Nasir Sukiman
21 Ogos 2008
EZAM Mohd Noor sanggup dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun semata-mata kerana yakin dengan prinsip perjuangan Anwar Ibrahim.
Selain bersama-sama Roslan Kassim merangka perlembagaan dan teras Parti Keadilan pada 1999, Ezam ditahan sebaik saja pulang dari luar negara di mana beliau mendedahkan pelbagai isu yang diarahkan oleh Anwar khususnya mengenai rasuah.
Ezam sanggup meninggalkan anaknya berumur 10 bulan untuk ke Hong Kong,Singapura atau ke
mana saja demi mempertahankan Anwar.
Hanya Ezam saja diharapkan oleh Anwar kerana semangat ultra-Melayu padanya berikutan sikapnya menentang keras pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas ketika di UIAM hingga menarik perhatian Anwar ketika itu.
Tetapi Anwar yang begitu taksub dengan usaha memartabatkan bangsa Melayu sejak zaman ABIM, berubah hati selepas dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 September 1998 kerana salahguna kuasa dan dakwaan salahlaku seks.
Sebaik saja keluar dari penjara, Anwar mula bergiat semula dalam Keadilan tetapi sedar dia tidak mudah menggugat cengkaman dan kecintaan orang Melayu kepada UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memandangkan sikap lemah lembut dan senyuman Pak Lah yang melunakkan hati Melayu.
Sejak itulah dia yang menjunjung tinggi Dasar Ekonomi Baru (DEB) kini mengutuk pelaksanaan dasar membantu meningkatkan pegangan dan kekayaan Bumiputera itu semata-mata untuk memenangi hati pengundi Cina dan India.
Suara Anwar senada dengan perjuangan DAP yang anti-DEB dan anti-Melayu. Anwar sanggup menyokong dan memperkuatkan tuntutan Hindraf yang turut ditajanya di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Singapura dan Hong Kong bagi memikat pengundi India.
Pengundi yang termakan dakyah Anwarlah menyebabkan sokongan kepada PKR melonjak menjeang Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu, sedang DAP yang memainkan sentimen keCinaannya merampas Pulau Pinang dan Perak.
Melihatkan gelagat Anwar yang sebenarnya sudah mabuk kuasa membuat Ezam berpatah balik memasuki UMNO untuk terus memperjuangkan nasib dan kedudukan Melayu. Itulah yang canang setiap hari dalam cermah-ceramahnya di Permatang Pauh.
Dan beliau menyeru rakyat Permatang Pauh tidak memilih Anwar dalam pilihan raya kecil 26 Ogos ini.
Katanya, Anwar mahu menjadi Perdana Menteri hanya untuk memenuhi cita-cita peribadinya, bukan untuk rakyat, agama dan negara. Dan Anwar sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. - malaysiaaktif
Thursday, August 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment