skip to main
|
skip to sidebar
Buah Hati Permatang Pauh
Sunday, August 24, 2008
Blair, Gus Dur dan Estrada rakan Anwar
HAMPIR di setiap ceramah, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti menyebut nama-nama pemimpin asing yang menurutnya memberi sokongan kepada beliau dalam usahanya memenangi hati pengundi di Permatang Pauh.
Antara nama yang disebut ialah bekas Presiden Indonesia Gus Dur atau Abdurrahman Wahid, bekas Presiden Filipina Joseph Estrada, ulama terkenal Yusof Qardhawi dan yang terbaru beliau mengaitkan bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair kononnya turut menyokongnya.
Di ceramah-ceramah di kawasan Pas, Anwar akan mendakwa bahawa beliau mempunyai hubungan rapat dengan ahli-ahli perniagaan Arab yang kaya raya. Namun beliau tidak pula mendedahkan nama mereka.
Tujuan Anwar menyebut nama-nama pemimpin tersebut ialah untuk menununjukkan bahawa beliau mempunyai ketokohan di peringkat antarabangsa. Tiada pemimpin lain di Malaysia yang menjadi `
darling
' masyarakat antarabangsa seperti Anwar.
Betapa Gus Dur telah datang ke Malaysia atas jemputan Anwar untuk mempertahankan bahawa beliau yakin ``Anwar tidak bersalah'' atas tuduhan meliwat Mohd Saiful.
Siapa ini Gus Dur? Bekas Presiden Indonesia dan Ketua kumpulan Nahtadul Ulama Indonesia yang pernah menggesa negara tersebut agar menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, negara yang paling dibenci oleh umat Islam sedunia. Hanya Amerika Syarikat yang sayangkan Israel. Sebabnya Israel adalah negara proksinya untuk menggertak, mengancam dan menundukkan negara-negara Arab.
Gus Dur berijazah pengajian Islam, tetapi beliau dianggap seorang yang liberal terhadap ajaran agamanya.
Siapa Joseph Estrada? Seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa bekas Presiden Filipina dan aktor terkenal negara tersebut akhirnya didapati bersalah atas tuduhan rasuah. Dia dibebaskan atas pengampunan Presiden Aquino Corazon. Dan kita juga patut tahu bahawa Filipina adalah antara negara dunia yang rapat Amerika, pelindung Israel.
Bagaimana pula Tony Blair? Bekas Perdana Menteri Britain adalah sahabat politik Presiden George Bush. Mereka berganding tangan untuk menuduh Presiden Saddam Hussein menyimpan senjata pemusnah besar-besaran. Tuduhan itu digunakan untuk mewajarkan Amerika dan Britain menyerang Iraq dan mengorbankan beratus-ratus ribu nyawa orang Islam yang tidak berdosa.
Kini Iraq terus berada dalam keadaan kucar-kacir dan huru-hara. Umat Islam Iraq akhirnya berbunuh-bunuhan sesama sendiri kerana berbeza mazhab. Tentera Amerika dan sekutunya Britain masih berada di sana untuk memastikan negara tersebut tidak jatuh ke tangan puak yang memusuhi mereka seperti Saddam.
Akibat penglibatannya dalam perang terhadap Iraq, Blair terpaksa bersara selepas menerima kritikan hebat daripada sebilangan besar rakyat Britain, termasuk ahli-ahli Parti Buruh pimpinanya. Kini rakyat Britain sentiasa dalam ketakutan kerana takutkan serangan balas militan Islam. Segalanya gara-gara tangan Blair yang berdarah.
Inilah sahabat-sahabat Anwar. Bekas-bekas pemimpin negara yang berundur dengan meninggalkan rekod buruk. Pemimpin-pemimpin yang akrab dengan Amerika dan suka berbaik-baik dengan Israel. Pemimpin yang turut menyebabkan kematian sejumlah besar umat Islam.
Bukan sekadar itu sahaja, malah jika anda ke markas kempen PKR di Permatang Pauh, anda akan melihat kakitangan media Barat sentiasa berada di sana untuk mendengar cakap Anwar dan menjadikannya berita antarabangsa.
Kenapa media Barat lebih sukakan Anwar daripada pemimpin-pemimpin politik lain di Malaysia, sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia? Ini turut menjadi persoalan bagi para pengundi Permatang Pauh. -
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kerja PKR
Wajib anda buka link ini.
Permatang Pauh
Angin Perubahan
Selongkar Selak Dedah
Cetus Minda
Blog Archive
▼
2008
(50)
▼
August
(50)
Pengundi atas pagar
Sifat Anwar yang sebenar
Bersumpah cara islam demi kebenaran dan menghilang...
Topeng Anwar
Pemimpin yang penuh kemesraan..
Ini akibat jika Anwar menjadi pemandu ?
No title
Merdeka dari penindasan dan kezaliman
Hakikat sebenar Pembangkang yang patut warga perma...
Masa Depan negara begini?
Blair, Gus Dur dan Estrada rakan Anwar
Anwar dan Mat Jenin Putrajaya
PKR ganas ugut...
PKR gadai melayu
Anwar boneka Amerika
PKR jemput orang asing kempen? tak yakin oarang se...
Gila Kuasa ke?
Pepecahan dalam PAKATAN RAKYAT
Tugas Pengundi Permatang Pauh
Perosak bangsa
PKR pengkianat bangsa
Anti Rasuah kononnya..
Saiful Sumpah gambar
Bakal PM (konon) dikelilingi YAHUDI dan pengikut A...
Siapa Anwar??
PKR gadaikan Islam
Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa saja demi meng...
Anwar beginikah Pemimpin masa depan?
PKR main isu perkauman
Habis manis sepah dibuang
Najib swears: 'I never knew Altantuya'
Hamzah: "Anwar harassed my wife"
Kartun Buah Hati 3
Pemimpin Prihatin sebenar (kartun)
Kartun Buah Hati 2
Simbol biseksual asas bendera PKR
Kartun Buah Hati 1
Cerita-cerita peribadi Anwar menghantui Permatang ...
Anwar anti DEB untuk pikat Cina, India
Roslan berkorban untuk Anwar, akhirnya disisihkan
Lenggok Pak Imam
Pilihan raya kecil, hati panas
GEMENTAR BENAR ANWAR DENGAN SUMPAH SAIFUL
Perak Gerakan wants party to quit BN
Ezam: Anwar insulted NEP
How Anwar proves he is innocent of the sodomy charge?
Anwar tidak mengenang budi Pak Lah
Mubahalah: Langkah politik terbaik buat Anwar
SIAPA ANWAR IBRAHIM..?
Apa Anda patut tau....
About Me
buahhatipermatangpauh
View my complete profile
Demi Masa
No comments:
Post a Comment