Thursday, August 21, 2008

Cerita-cerita peribadi Anwar menghantui Permatang Pauh

MENGAPA terlalu banyak cerita buruk mengenai Anwar? Sukar untuk mempercayai Anwar terlibat dengan itu dan ini kerana imej yang beliau paparkan di khalayak umum ialah seorang yang bersih dan warak. Boleh jadi imam dan baca kutbah.Dalam masa yang sama pelbagai cerita buruk yang mereka dengar. Adakah semuanya itu fitnah belaka

21 Ogos 2008

Cerita-cerita peribadi Anwar menghantui Permatang Pauh

Akhbar Cina Nanyang Siang Pau hari ini melaporkan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin mengulangi dakwaannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah `menggoda' isterinya pada 1998.

Katanya, pada masa itu beliau masih berkawan baik dengan Anwar yang sudah pun menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada masa itu, Hamzah adalah Ketua Bahagian Ipoh Barat.

Menurut seorang teman Nana yang mengenali Hamzah, bekas Pengerusi Felcra itu pernah menceritakan kepadanya tentang perbuatan Anwar menggoda isterinya.

Hamzah menceritakan, selepas tidak tahan lagi dengan perbuatan Anwar, beliau telah menemui (Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu.

Menurut apa yang diceritakan oleh teman Nana itu, Hamzah telah memberitahu Dr. Mahathir bahawa tujuan beliau membawa cerita Anwar menggoda isterinya hanyalah kerana tidak mahu ``seorang penggoda isteri orang menjadi Perdana Menteri.''

Kemudian Hamzah menjadi saksi dalam perbicaraan kes Anwar dan pada tahun 2000 dilantik menjadi Pengerusi Felcra sehingga 2006. Sekarang beliau adalah Ahli Parlimen Larut.

Pihak Anwar telah menjawab pendedahan Hamzah dengan mendakwa bahawa apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hamzah dikatakan telah dengan sengaja menyuruh isterinya menggoda Anwar dengan tujuan mendapatkan `projek.' Ketika itu Hamzah adalah ahli perniagaan.

Kononnya Anwar tidak mahu melayan karenah, menyebabkan Hamzah bertindak balas dengan membuat cerita bahawa isterinya yang digoda.

Siapa yang benar hanya Allah yang tahu. Cerita-cerita begini tentulah menjadi bualan di kalangan masyarakat Melayu.

Di kalangan masyarakat Cina lain pula. Mereka disogokkan cerita kononnya calon BN Datuk Arif Shah dituduh terlibat dengan skendal PSV Sdn Bhd, syarikat abangnya Datuk Amin Shah yang gagal membina kapal-kapal TLDM bernilai RM24.3 bilion. Cerita ini disebarkan dalam bahasa Mandarin melalui SMS.

Cerita itu menjadi isu di kalangan orang Cina. Ini mendorong bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sr Koh Tsu Koon untuk menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim jug ada kaitan dengan syarikat Amin Shah.

Menurut The Star semalam:

BUTTERWORTH: Datuk Seri Anwar Ibrahim intervened in a share purchase deal of a state-owned company 10 years ago resulting in the state suffering a loss of RM9mil.

Former chief minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said Business Focus Sdn Bhd (BFSB) bought the shares of Penang Shipping Corporation, which was owned by the Penang Development Corporation, for RM29mil.

BFSB however could not pay up on time and Anwar, who was deputy prime minister and finance minister at that time, asked the state government to extend the payment period.

The company ultimately only paid up RM20mil.

"When the company first defaulted in 1998, we wanted to take action but Anwar intervened. He asked us to bagi (give) chance because of the economic crisis.

"He said the company would be getting contracts from the Government and more businesses, so they would be able to pay," Dr Koh told a press conference at a hotel in Seberang Jaya yesterday.

Sudah tentulah Anwar menafikan kenyataan Koh itu. Siapa yang mahu mengaku, apatah lagi jika pertaruhannya sangat besar iaitu kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Tapi orang ramai mulai bertanya. Mengapa terlalu banyak cerita buruk mengenai Anwar? Sukar untuk mempercayai Anwar terlibat dengan itu dan ini kerana imej yang beliau paparkan di khalayak umum ialah seorang yang bersih dan warak. Boleh jadi imam dan baca kutbah.

Dalam masa yang sama pelbagai cerita buruk yang mereka dengar. Adakah semuanya itu fitnah belaka?

Ada juga yang berhujah, kenapa cerita-cerita yang sama tidak pernah dilemparkan terhadap Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang yang menjadi musuh UMNO sekian lama? Mereka langsung tidak pernah dikaitkan dengan soal salah laku akhlak dan rasuah.

Begitu juga dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Walaupun mereka bukan Islam, tidak pernah kita dengar cerita-cerita seumpama yang dikaitkan dengan mereka.

Inilah persoalan yang menghantui para pengundi Permatang Pauh.

1 comment:

Cucu Tok Janggut said...

Ana tak heran, banyak perkara yang tak terfikir oleh kita boleh berlaku. Guru Quran rogol murid, bapak rogol anak,ustaz liwat pelajar dan pelbagai kemungkaran sering kita dengar. Apa nak heran ini semua kerja syaitan yang telah berjanji akan menyesatkan umat Islam. Apatah lagi kepada seorang pemimpin yang dikatakan gila kuasa tentulah syaitan lebih senang menggodanya. Hanya Allah yang mengetahui kebenarannya, kita sebagai hamba berwaspadalah agar kita tidak mendapat dosa kering di atas dosa orang lain.