Tuesday, August 19, 2008

GEMENTAR BENAR ANWAR DENGAN SUMPAH SAIFUL

Petikan:http://antipr.blogspot.com/

Sumpah Saiful pasti mengganggu tidur Anwar Ibrahim. Untuk menutup keresahannya itu, Anwar seperti biasa tidak menyahut cabaran Mohd. Saiful, dan bagi meredakan tekanan dalam dirinya, Anwar sekadar mampu berkata, "Sumpahlah sampai 50 kali pun saya tidak peduli," katanya dalam satu ceramah.

Dan sekali lagi dalam satu ceramah di Yayasan Aman semalam, Anwar berkata: "Dok heboh pasal sumpah. Cabar saya nak sumpah itu sumpah ini. Nak sumpah apa? "Saya sudah kata pada mereka, saya boleh bersumpah dengan bimbingan para ulama, tapi rakan-rakan nasihatkan kata supaya saya tidak berbuat demikian. Ulama dari luar negara hantar surat berjela-jela menasihatkan saya... Anwar, jangan sesekali lakukannya (bersumpah)... jangan persendakan agama."


“Ulama dari luar negara hantar surat berjela-jela menasihatkan saya....”

Apabila ada laporan seorang doktor biasa dari Hospital Pusrawi yang mendakwa Saiful tidak diliwat, Anwar terus buat sidang akhbar dan salinan laporan tersebut di edarkan secara berleluasa dalam internet, blog dan sebagainya. Cepat tindakan Anwar dan balaci-balacinya, kerana ia dilihat memihak kepada Anwar.

Tetapi, surat berjela-jela yang Anwar terima dari ulama luar negara, tiada pula sidang akhbar yang Anwar buat dan tiada pula salinan surat tersebut diedar melalui internet, blog dan sebagainya. Anwar sekadar cepat menjawab desakan bersumpah tersebut, tetapi melambat-lambatkan untuk menunjukkan bukti surat yang diterima dari para Ulama luar negara, kerana yang pasti, tiada Ulama yang mengutus surat pada Anwar kerana siapa Anwar hingga ulama luar negara beria-ia benar nak mengutus surat pada beliau. Yang pasti itu sekadar cerita kosong Anwar untuk melepaskan diri....

No comments: