Wednesday, August 20, 2008

Roslan berkorban untuk Anwar, akhirnya disisihkan

SIRI DULU KAWAN SEKARANG LAWAN (1)

Nasir Sukiman
20 Ogos 2008

MENGAPA seorang demi seorang orang kanan Anwar Ibrahim meninggalkan beliau sedang beliau semakin galak mengejar impiannya untuk menjadi Perdana Menteri?


Bermula dengan Dr Chandra Muzaffar, Timbalan Presiden KAeadilan diikuti Marina Yusuf, Naib Presiden parti itu. Tidak lama kemudian peguam Zainoor Zakaria, Roslan Kasim dan terbaru, Ezam Mohd Noor.

Mereka yang merupakan tunjang kekuatan Parti Keadilan terpaksa angkat kaki kerana mendapati sebaik saja matlamat penubuhannya – membebaskan Anwar dicapai – beliau mula menyimpang dan menanam cita-cita menentang dan menumbangkan kerajaan pula.

Golongan yang sama-sama berjuang sejak Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri juga mendapati mereka mula dipinggirkan sedang Anwar berbaik-baik dengan kumpulan politik anti-BN.

Wang pembiayaan daripada pelbagai sumber yang Anwar peroleh pula diagih-agihkan dengan memberi peratusan yang besar kepadanya dan orang yang rapat dengannya saja sedangkan rakan seperjuangan lama mula diketepikan.

Apa yang amat mendukacitakan kalangan seperti Roslan adalah setelah beliau, Ghani Haroon dan Ezam ditahan mengikut ISA dan merengkuk dalam penjara dari dua bulan hingga dua tahun, segala pengorbanan mereka tidak dihargai.

Ketika mendedahkan semua ini dalam siri ceramahnya, Roslan, seorang peguam yang pernah menjadi 'orang kuat' Keadilan kesal kerana setelah bertungkus lumus berjuang membebaskan Anwar dan meninggalkan keluarga, tiba-tiba saja dia dipinggirkan.

Apatah lagi dia menentang langkah Anwar berbaik-baik dengan golongan yang pernah menjadi musuhnya seperti DAP dan, Pas.

Roslan semakin tertekan apabila dia tewas pada pilihan raya 1999 dan 2004 sebagai calon Keadilan di Kuala Pilah dan Teluk Kemang. - malaysiaaktif.com

2 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

buah hati mana dia kartun ke apa-apa gambar yang depa taboq kat ceramah dalam pilihanraya ni. masuklah dan komenlah sebab saya nak tau....!

Cucu Tok Janggut said...

Biasanya jika hanya seorang yang tinggalkan kita, mungkin orang itu silap tetapi jika ramai yang meninggalkan kita, lebih-lebih lagi kawan rapat yang sama-sama berjuang dan sanggup mati kerana kita, tentulah ada sesuatu yang tak kena pada kita. Perkara yang jelas macam tu tak payahlah kita nak pening-pening memikirkannya. Cuma kita sebagai hamba Allah berdoalah agar Allah tidak menimpa bencana kepada kita dengan memberi pemimpin yang salah.