Saturday, August 23, 2008

Habis manis sepah dibuang



SIRI DULU KAWAN SEKARANG LAWAN (3)

Nasir Sukiman

23 Ogos 2008

Dua 'orang kuat' Anwar Ibrahim, Abdul Ghani Haroon dan setiausaha Angkatan Pemuda Keadilan Lokman Noor Adam mendapati hidup mereka semakin terdesak dan terhimpit akibat bertahun-tahun berjuang membela Anwar.


Itupun mereka menderita tekanan mental amat sangat berikutan ditahan di bawah ISA.

Ghani Haron Ghani selama 46 hari manakala Lokman dua tahun hidup berpagar dan berdindingkan batu dalam bilik-bilik tahanan di Kem Kamunting, Perak.


Bagi Ghani akhirnya bukan saja bisnesnya lingkup malah rumahtangganya juga kucar-kacir akibat penahnannya itu.
Lebih menyedihkan, setelah dibebaskan Ghani terkilan kerana tidak dihiraukan langsung oleh Anwar atau kroninya yang kaya raya.

Anwar tidak sedikitpun mengambil peduli penderitaan barisan orang yang sanggup merengkuk dalam penjara kerana memperjuangkan nasib 'idola' dan orang dianggap pemimpin itu.

Anwar tidak menelefon pun Ghani bertanyakan apakah beliau sudah makan dan bagaimana beliau mahus meneruskan hidup ini.

Lokman pula mendedahkan beliau bosan kerana bila dibebaskan beliau masih gagal untuk memberi kebahagiaan dan kesejahteraan kepada keluarganya.

Ini kerana selepas dibebaskan, beliau terpaksa mengadakan siri ceramah ke seluruh negara, sedangkan beliau tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menampung perbelanjaan seharian.

Bayangkan beliau harus memenuhi setiap undangan ceramah yang diadakan pada setiap hari, hinggakan masa bersama keluarga terus terbiar begitu sahaja, sudahlah dua tahun tidak bersama.

Apa yang menjadi masalahnya ialah faktor ekonomi. Lokman terjebak dalam masalah ekonomi yang kritikal. Walaupun beliau sayangkan perjuangan!

Namun perjuangan hidup itu adalah yang paling utama, demi kebahagiaan anak-anak serta keluarga . Apalah gunanya perjuangan, kalau masa depan diri sendiri tidak tentu hala tujunya.

Perjuangan harus diteruskan.. tetapi masa depan keluarga juga harus diutamakan. Akibat tidak dihiraukan Anwar dan orang di sekelilingnya itulah Lokman meninggalkan Keadilan.

Ketiadaan Lokman sedikit pun tidak menjejaskan perasaan Anwar.

Orang-orang seperti Lokman, Ghani dan Roslan Kassim hanya diperlukan untuk perjuangan membebaskan beliau dari penjara. Selepas keluar penjara, misinya ialah untuk menjadi Perdana Menteri dan menginap di Putrajaya.

Misi ini tidak boleh dicapai dengan sokongan orang-orang seperti Lokman, Ghani dan Roslan. Ia memerlukan bantuan `meriam-meriam besar' seperti Nik Aziz, Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Lantaran itu, Anwar mendekati meriam-meriam besar ini dan melupakan Lokman, Ghani dan Roslan. Mereka tidak diperlukan lagi. Habis manis sepah dibuang!

Inilah sifat Anwar Ibrahim. - malaysiaaktif.com

No comments: